IKAN KELAH PALING SEDAP BUAT MASAK LEMAK CILIPADA SEBAB SISIKNYA BOLEH MAKAN DAN SEDAP TETAPI SESETENGAH ORANG HANYA BUAT SUP IKAN KELAH..YANG PALING SEDAP YANG MEMEGANG IKAN KELAH ITU HEHEHEHEHE SAJE BUAT LAWAK
INFO IKAN KELAH
Ikan Kelah adalah ikan kap dalam keluarga yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. SpesiesGolden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India